[ SEARCH FOR ]

Thursday, November 26, 2009

Salam Eidul Adha

Pagi ni rasa macam nak demam. Tapi gagahkan jugak diri ni bangun menggosok baju abi-baju aku sendiri-mandikan & siapkan amoy. Yang pastinya pakai baju raya yang baru lepas ni sudah. Jimat.

Pukul 10 baru sampai ke rumah ibu mertuaku. Ingatkan kami sekeluarga yang paling lambat tapi rupa-rupanya kami yang terawal. Tak kisahlah. Lepas tu plan nak balik rumah my mum pulak dalam pukul 12.

Dalam perjalanan nak ke rumah emak, abi tiba-tiba teringin nak makan lemang. Mesti terbayang-bayang rendang yang sudah tersedia kat rumah tu. Pusing punya pusing, semua kedai (pondok) yang menjual lemang dah tutup. Kalau ada yang masih buka pun, katanya sudah habis. Ada juga yang baru nak isi beras dalam buluh. Hmm. Kempunanlah abi.

Ingatkan dah putus asa, rupanya tak lagi. Abi cakap lepas solat jumaat nanti dia sambung cari lemang. Okeyh. Tengok jelah nanti. Good luck!!